Bahan Asas Dapur

Baru-baru ini saya ada membuat satu senarai bahan asas untuk dapur specifically untuk memasak. Terima kasih kepada my bestie kerana dia baru pindah rumah dan baru nak start belajar memasak. Come to think of it, saya sendiri tak pernah terfikir apa barang/bahan asas untuk dapur kita (minus semua peralatan memasak).Semasa dalam brainstorming proses, saya google dan terjumpa beberapa blog yang menulis tentang bahan-bahan asas yang mereka rasa patut ada didapur. Selepas beberapa attempt saya membuat satu senarai yang asas tetapi lengkap untuk at least beberapa meal. 

Sebelum itu, saya bahagikan senarai saya dalam 2 kumpulan. 
  • Senarai bahan kering
  • Senarai bahan basah
Beza antara dua ini ialah expiring date. Bahan-bahan kering lebih tahan lama dibandingkan dengan bahan basah jadi adalah penting untuk beli bahan basah bila perlu dan kerap (berdasarkan bila nak masak). 


Okay, kalau tengok dekat gambar tu ada yang colour hitam dan merah kan? Bahan yang colour merah tu bermaksud bahan itu selalunya akan expired atau patut dibeli dalam weekly basis or 2 weeks basis (saya selalunya beli dalam weekly basis, senang dan saya suka rutin pasar saya). Anyway, kalau perasan...saya tak letak ajinomoto atau kiub ikan bilis atau yang sama waktu dengannya sebab saya lagi suka masak tak pakai all of those stuff. Sebagai contoh, saya suka masak sup ayam tapi saya tak akan beli sup bunjut sebab saya rasa sup bunjut mahal dan tak berbaloi. Instead, saya akan beli bahan-bahan yang ada dalam sup bunjut and letak dalam spices rack saya. 


Kat dalam mana-mana dapur, sangatlah berbaloi kalau pilih satu space untuk semua rempah ratus kita sebab kita boleh guna rempah ratus dalam beratus jenis resepi. Lagi satu, senang nak capai dan sedap mata memandang 🙋

Anyway, bahan-bahan diatas boleh digunakan untuk breakfast, lunch, dinner dan kalau ada tetamu datang rumah (boleh jamu air). Just kena ingat, tukar item no.20 (Nescafe 3 in 1) kepada kordial atau teh. Sooooo....setakat ini, itu jelah dalam chapter bahan asas dapur. Kalau ada apa-apa pertanyaan atau ada topik yang nak saya cover, boleh comment dibawah 😉

Comments